Najib sebelum ini di lihat telah menambah lagi keraguan rakyat tentang hubungan Malaysia dengan Amerika yang sebelum ini telah di tekan habis-habisan berkenaan isu APCO. Namun Najib masih berdegil untuk menggunakan khidmat syarikat APCO yang terang-terang milik Yahudi sebagai perunding Kerajaan walaupun telah di desak oleh pembangkang yeng mempunyai bukti kukuh.
Sebelum ini juga lawatan Najib ke Amerika juga atas urusan program nuklear bersama Barrack Obama, melalui laporan yang di buat oleh The Wall Street Journal yang mengatakan sayrikat Petroliam Nasional Bhd telah diarahkan untuk menamatkan penjualan gas kepada Iran. Ianya sebagai tanda sokongna Malaysia bersama Amerika untuk menyekat sekatan ekonomi Iran yang enggan menghentikan program nuklearnya.
Ini menggambarkan kepada kita bahawa Najib 1 Malaysia tidak berupaya menangkis isu APCO yang hari ini di serang hari ke hari. Apakah tindakan Najib yang mengiktiraf Amerika yang merupakan agen Israel Yahudi itu menggambarkan kepada kita bahawa Malaysia juga menjadi pengikut/agen Yahudi?
Anehnya pula Najib terang-terang menghina hubungan diplomatik Malaysia dengan sebuah negara Islam Iran yang di buat sebelum ini. Dengan bermuka-muka dengan Amerika bagi menyerang Iran atas sebab program nuklearnya yang kononnya dikatakan sebagai ancaman keselamatan kepada dunia sedangkan Iran berkali-kali menjelaskan ianya tidak lain untuk penyelidikan bagi sumber tenaga alternatif lain di masa akan datang. Najib kembali bermuka-muka dan tidak pula berani menentang dasar zalim Amerika itu malah sanggup ber'iman' dengan puak yang terang-terang kafir berbanding Iran yang mejoriti Islam itu.
Dan kini, Rosmah pula mendapat anugerah keamanan dan keharmonian Antarabangsa dari Majlis Perniagaan bagi Persefahaman Antarabangsa (BCIU) Amerika. Ianya sebagai tanda pengiktirafan terhadap pelbagai kerja amal beliau dan bagi menghargai hubungan penting antara Malaysia dan Amerika. (sumber)
Agak-agaknya apalah kerja amal Rosmah sehingga diiktiraf Amerika ye, kemudian pula tu mendapat Anugerah Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa,...oleh Amerika. Apakah kini Rosmah pula bermuka-muka mengikut jejak kekasihnya Najib kepada Amerika?
Tidak perlu di peroalkan lagi bagaimana eratnya hubungan Malaysia dan Amerika yang secara tidak langsung juga mempunyai pertalian 'darah' dengan Israel.
Sepatutnya Najib mengikis dahulu persepsi masyarakat berkaitan isu APCO, yang mengaitkan Malaysia dengan Israel Yahudi. Soalnya isu ini ada bukti, maka ia harus di buktikan juga dengan menangkis sebarang bentuk perkara yang menyebabkan persepsi itu semakin menjadi-jadi atau semakin terserlah. Buktinya adalah apa yang telah Najib lakukan bersama Amerika itu...Rosmah pula? Biarlah the first lady itu mendapat anugerah, sebab mana boleh Najib sahaja diiktiraf jika Rosmah juga tak diiktiraf..
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment