SEREMBAN 6 April - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan
Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebenarnya meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan (baca selebihnya)
Komentar:
Dulu BN juga yang tuduh bila Lim Guan Eng salurkan RM100 setahun pada warga emas di kata ianya RASUAH.
Apa yang membezakan Negeri di bawah PR dan BN adalah dari sudut urus kewangan dan belanjawan negeri. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian hanya atas amalan belanjawan berhemah, jimat-cermat, urus tadbir baik berdasarkan CAT (Cekap, Akauntabel, Telus) berdasarkan ‘amar maa’ruf nahi mungkar’.
Urus tadbir CAT telah mendapat pengiktirafan oleh badan antarabangsa anti rasuah terunggul, Transparency International, yang buat kali pertamanya memuji sebuah kerajaan negeri di Malaysia. Laporan Ketua Audit Negara juga memuji kejayaan kerajaan negeri yang menukarkan anggaran defisit Belanjawan 2008 sebanyak RM35 juta kepada rekod lebihan RM88 juta dan anggaran defisit Belanjawan 2009 sebanyak RM40 juta kepada lebihan RM77 juta.
Penyaluran RM100 setahun itu juga antara bukti bahawa kerajaan negeri PR di P.Pinang berusaha dan berjaya membasmi kemiskinan tegar selain pengagihan rebet air RM100 kepada hampir 170,000 keluarga susah dan juga sumbangan beras percuma pada tahun 2008-2009.
Kerajaan BN samada di peringkat negeri atau pusat hanya akan memberi sumbangan kepada mereka yang akan mengundi BN (lihat sahaja di Hulu Selangor). Kerajaan BN juga hanya akan memberi sumbangan kepada mereka yang menyokong mereka, tak lupa juga pada kroni-kroni mereka. Ini bukan rasuah ke?...
Kerajaan PR di Pulau Pinang telah menghulurkan sumbangan kepada SEMUA warga emas di Pinang. Baik mereka menyokong BN atau PR. BN masih tak nampak, mereka juga kata Kerajaan PR yang di terajui DAP anti-Islam, tetapi anak-anak Hafiz mendapat RM500 di sana, ini untuk orang Islam. (ini baru di P.Pinang, belum Selangor dan Kedah)
Pemimpin BN lupa, sepatutnya merekalah lebih banyak menyumbang kepada rakyat kerana lebih mereka banyak duit, masih menerajui kerajaan Pusat..tapi sedihnya, mereka menSUMBANG kan duit yang banyak tu untuk kroni-kroni mereka sahaja..
Wallahu'alam
p/s: tunggu PRU kat Penang pula la, baru dapat tengok warga emas dapat RM1 juta..BN bagi..
No comments:
Post a Comment