Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan hanya akan membenarkan penjualan rokok 20 batang yang lebih mahal harganya selain memperluaskan kawasan larangan merokok di seluruh negara. ( baca selebihnya)
KOmentar:
1) Mengharamkan rokok 14 dan membenarkan hanya rokok 20 (yang lebih mahal harga) sahaja di jual boleh di katakan satu langkah yang nampak relevan untuk mengurangkan tabiat rakyat Malaysia yang ketagih merokok. Tapi dari sudut praktikalnya, mungkin banyak perkara yang perlu di pertimbangkan, antaranya berdasarkan fakta dan sejarah yang kita boleh nilai. Apakah sebelum ini kerajaan tidak pernah menaikkan harga rokok?
Saya yakin sudah banyak kali kerajaan telah menaikkan harga rokok berperingkat-peringkat dengan tambahan cukai yang tinggi. Namun hasilnya? rakyat masih ramai yang merokok terutamnaya di kalangan remaja walaupun kerajaan telah melakukan pelbagai cara antaranya selain menaikkan harga dan cukai yang tinggi, iaitu menghadkan umur 18tahun ke bawah, denda kepada peniaga yang menjualnya kepada remaja bawah umur, gambar di kotak rokok, menyenaraikan kawasan larangan merokok dan pelbagai kempen anti-rokok.
2) Skeptikalnya masih ada pada kerajaan yang mengharamkan rokok 14 dan menjual rokok 20. Andaikata ada diharamkan rokok 30, 40 atau 50 sekalipun, ianya tetap ada. Sebab, masalah yang perlu di ambil berat adalah kelambakan rokok-rokok tiruan dan rokok seludup yang mungkin ada di kawasan tertentu, mungkin tidak di bandar, tetapi kebanyakan di kawasan-kawasan pinggir, di pekan-pekan mungkin ada. Di sini juga soal kawasan larangan tidak termasuk dalam rakaian. Kerana kawasan larangan ini lebih bertumpu kepada kawasan bandar, pejabat kerajaan, institusi dan lain-lain. Maka siapa yang akan kisah tentang mereka yang merokok di kawasan-kawsan ini?
3) Saya totally tidaklah terlalu bersikap prejudis dengan langkah kerajaan untuk membasmi masalah rokok ini, cuma apa yang harus di fikirkan biarlah ianya praktikal. Memahami dari pelbagai sudut. Mungkin kerajaan dan seluruh rakyat malaysia harus memikirkan langkah yang benar-benar berkesan, yang mana ianya sepatutnya tidak terikat atau berkompromi pada soal pendapatan negara, kepentingan individu atau syarikat-syarikat tertentu. Tetapi harus mengutamakan soal kesihatan.
wallahualam
No comments:
Post a Comment