02 April 2010

Negeri Maju 2010..masalah perparitan pun tak dapat setel



Keratan akhbar Harian Metro 2 April 2010.


Untuk pengetahuan umum, Bukit Baru merupakan kawasan 'keramat' Datuk Ali Rustam, iaitu ketua Menteri Melaka sendiri. Kawasan ini merupakan kawasan yang kerap berlaku banjir apabila berlakunya hujan, antara kawasan favourite adalah, di Peringgit, Melaka Sentral, Taman Cempaka, Kampung Pulau Kelapa, Taman Padang Jambu dan beberapa kampung-kampung di dalamnya. Antara punca utama yang dikenal pasti sebab berlakunya banjir adalah di sebabkan masalah peparitan yang teruk dan tidak terancang yang datang dari pembinaan dan penyelenggaraan jalan, bangunan dan pelbagai infrastruktur lain.



Sesungguhnya inilah yang dimahukan oleh Kerajaan Barisan Nasional terhadap rakyat Melaka khususnya. Perbelanjaan kerajaan negeri yang sepatutnya di gunakan untuk memperbaiki taraf kehidupan rakyat lebih di gunakan untuk pembangunan yang hanya mendatangkan keuntungan kepada pelancong, sedangkan rakyat Melaka itu sendiri masih hidup dalam serba tidak kena. 

Inilah yang dikatakan Pencapaian di utamakan...Rakyat di dahulukan ..apa-apalah..

Ingat pukul 20.10 minit, 10 haribulan 10, tahun 2010..Melaka akan Maju.. 

Wallahualam

Saya pernah post mengenai masalah banjir di sini


 

No comments: