10 April 2010

Sebelum pemimpin BN cabar, lebih baik tengok anak buah hang dulu. Kesian


Pemimpin Malang

PKR dicabar letak calon bukan Melayu

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar meletakkan calon bukan Melayu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini bagi memberi keadilan kepada semua kaum di kawasan tersebut.

Khalid tidak sedar bahawa langkah BN ini menepati konsep 1Malaysia. Oleh itu, saya cabar dia untuk letakkan calon kaum India jika pembangkang merasakan mereka benar-benar lebih hebat daripada BN (baca selebihnya)

Komentar:

Mesejnya jelas supaya PKR mengikut jejak langkah BN yang kini menghadapi masalah dari sudut kepercayaan terutamanya di kalangan ahli. Ramai ahli UMNO yang di lihat begitu marah dan benggang dengan pimpinan BN yang meletakkan calon MIC di Hulu Selangor. Kebanyakkan mereka mendesak calon itu mesti di kalangan ahli UMNO atas sebab kawasan di situ majoriti masyakat Melayu. Marah sampai tahap mem'BODOH'kan Najib. Apalah malang nasib Najib(click)

Tak perlulah PKR menyahut cabaran BN yang mengarut tu. Apa yang PKR lakukan sekarang ini dengan meletakkan calon Melayu itu adalah keputusan yang cukup baik yang memberi petunjuk wujudnya perpaduan di kalangan parti PR. Ini bukan soal nak letak calon India atau Melayu, tapi soal calon itu di senangi ramai atau tak.

Jelas sekali, BN sibuk dengan 1 Malaysia, tetapi dalam BN sendiri UMNO, MIC dan MCA tak 1 Malaysia.Kalau pimpinan sendiri tak sefahaman, anak-anak buah tok sah cakap.

Saya berpendapat daripada BN mencabar PKR untuk meletak calon India, lebih baik BN terlebih dahulu memberi perhatian kepada sokongan ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan calon MIC yang diletakkan di Hulu Selangor. 

Bahkan ada juga ahli UMNO kata, kalau nak letak sekalipun calon India, beliau itu di pilih oleh kepimpinan UMNO, bukan dari MIC pusat. Kelakar sungguh..Rupa-rupanya, ada juga ahli UMNO ini yang dilihat benci sungguh pada MIC sampai tak suka kalau calon tu dipilih dari keputusan suara pimpinan MIC. (click)

Inilah berita lawak yang dicipta oleh ahli-ahli UMNO-BN yang 2x5 sama macam pimpinan mereka.

p/s: Saya cadangkan sekalipun BN tak dapat letakkan calon Melayu kat Hulu Selangor,  kat Sibu masih berkesempatan lagi..



 

No comments: