17 March 2010

Kunjungan ziarah Pemuda PAS Melaka ke rumah keluarga mendiang Panthiyan



MELAKA - Pemuda PAS Negeri Melaka di bawah Lujnah Perpaduan Nasional pagi tadi telah mengadakan ziarah ke rumah mendiang Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Panthiyan a/l Patchamuthu yang mati di tembak di di Langkap, Perak di Taman Bandar Baru, Masjid Tanah, Melaka yang merupakan kampung asal mendiang. Mayat mendiang tiba dengan selamat pagi tadi sekitar jam 9 pagi dengan sebuah van.

Wakil Pemuda, Khairul Che Salleh yang juga merangkap Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional & NGO Melaka berserta beberapa wakil pemuda kawasan mengucapkan takziah dan simpati atas musibah yang menimpa keluarga mendiang. Ia merupakan ujian kepada keluarga mendiang atas kehilangan Panthiyan yang semasa hayatnya terkenal dengan sifat ramah dan baik hati.

Dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS, mendiang merupakan seorang yang sangat komited dan bersemangat dengan tugasnya. Di tanya kepada abang saudaranya ketika menziarahi keluarga mendiang pagi tadi, Panthiyan pernah menyatakan hasrat dan cita-citanya kepada keluarga di Melaka untuk membangun dan memperkuatkan jentera penyokong PAS di Melaka dan membantu PR dan PAS khususnya agar Melaka dapat di perintah oleh Pakatan Rakyat.

Pemuda PAS Melaka dengan simpatinya juga telah menghulurkan sedikit sumbangan wang bagi meringankan sedikit beban kepada keluarga mangsa atas insiden yang berlaku. Mudah-mudahan mereka tabah dan sabar menghadapi ujian yang berlaku.

Dimaklumkan kemungkinan mayat mendiang akan di bakar pada petang ini.

Wallahu'alam

Mendiang Panthiyan

Penghormatan terakhir Pemuda PAS Melaka kepada mendiang



Khairul Che Salleh bersama abang saudara mendiang

Semoga Tuhan merestui atas pengorbanan mendiang bersama PAS

No comments: