01 March 2010

76 NGO Melayu Bersatu..UMNO pula Berpecah..


76 NGO Melayu bersatu

Sebanyak 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bergabung bagi menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam di negara ini.

Antara NGO terbabit ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

--------------------

Pada masa sama, kita juga akan jadi pendesak yang berhemah kepada kerajaan supaya kerajaan tidak lari dan menyeleweng daripada perkara asas dalam Perlembagaan Negara berdasarkan Perkara 153,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran MPM di Kelab Sultan Sulaiman, di sini. - BERAHIM ALI

-----------------------

"UMNO sentiasa sanggup bekerjasama dengan pertubuhan itu. Namun, dalam meniti arus perubahan masa kini, mereka perlu bijaksana dalam mencapai matlamat tersebut.

"Ini kerana ada pihak yang seagama dan sebangsa sanggup menggadaikan segala-galanya demi kepentingan 'sempit' mereka," HISHAMMUDDIN

----------------------

"Saya lihat hari ini banyak isu melibatkan hak kepentingan orang Melayu diperjuangkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) dan lain-lain lagi sehinggalah kepada penubuhan MPM.

"Sebagai sebuah parti yang ditubuhkan berasas perjuangan memelihara hak serta kepentingan orang Melayu, saya fikir UMNO seharusnya memainkan peranan lebih aktif dalam soal-soal yang melibatkan orang Melayu,"

Beliau mengulas sama ada kemungkinan fungsi perjuangan UMNO dalam menjaga kepentingan dan maruah orang Melayu bakal terhakis ekoran tugas tersebut banyak dimainkan oleh NGO-NGO Melayu berbanding parti itu ketika ini. KHIR TOYO

--------------------

"Kalau cantas-mencantas ini bukan sahaja dalam MCA, dalam parti UMNO juga berlaku. Presiden UMNO telah pun keluarkan satu garis panduan dan juga menasihatkan pimpinan semua peringkat supaya jangan cantas-mencantas. Kalau ini berlaku, kita akan menghadapi masalah dalam pilihan raya umum akan datang," NAJIB

--------------------

Komentar: Kewujudan 76 NGO Melayu atau lebih itu pun telah menunjukkan Melayu telah berpecah belah. Masing-masing mahu jadi 'Juara' Melayu..kononnya menjadi pendesak atau senang dikatakan 'pelobi' parti kebangsaan UMNO.

Parti UMNO sebenarnya masih lagi dalam krisis rumahtangga yang serius. Sehingga saya lihat NGO Melayu itu sendiri melihat dan mengakui kepincangan UMNO dalam rumah mereka sendiri (walau hakikat NGO Melayu itu membawa ideologi UMNO).

Peliknya, NGO Melayu yang menjadi penasihat UMNO..hebat-..hebat..hebat..terutamanya Abe Berahim Ali..


No comments: