20 March 2010

Melayu Melaka Di Halau Lagi.



PETANG TADI SAYA DAN KETUA AMK MELAKA HAIRIZ NORDIN BERKUNJUNG KE TAPAK TAMAN REMPAH TEPI SG. MELAKA UNTUK MENINJAU DAN BUAT PRESS CONFERENCE. ISUNYA IALAH NASIB 21 PENIAGA MELAYU YANG BEROPERASI DI SITU DI ARAHKAN OLEH MBMB UNTUK KOSONGKAN TAPAK PERNIAGAAN TERSEBUT DALAM MASA 7 HARI KONONNYA UNTUK DIMAJUKAN.

SAYA HADIR ATAS RASA SIMPATI NASIB PENIAGA KECIL MELAYU BUKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SEMATA - MATA. SAYA TAHU PENIAGA TERBABIT BUKAN PENYOKONG PEMBANGKANG TAPI ADA YANG SETIA DENGAN UMNO. APA YANG MENYEDIHKAN IALAH SEBAHAGIAN BESAR PENIAGA TAK BERANI BEKERJA SAMA DEDAHKAN DALAM MEDIA KONONNYA TAKUT DITINDAS OLEH MBMB DAN TIDAK AKAN DILAYAN KEHENDAK MEREKA.

SEJARAH SAYA MENGHADAPI PIHAK PBT DALAM ISU KEPENTINGAN ORANG MELAYU, MEMANG TAK AKAN BERHASIL DENGAN CARA PUJUK RAYU, WALAU PUN YANG TERTINDAS ITU MELAYU UMNO. SILAP - SILAP PAMPASAN PUN TAK DAPAT. KEBETULAN JIWA MELAYU UMNO NI MEMANG TAKUT KERAJAAN. TENGOK APA JADI NASIB ORANG MELAYU DI TANAH MERAH DAN PANTAI KUNDUR. BEGITU JUGA BAZAR MARA DI BANDAR HILIR ?

DULU SEMASA BARU TAMAN REMPAH NAK BEROPERASI SEBAGAI JETI PELANCONG NAIK BOT KE PERSISIRAN SG. MELAKA, PENIAGA MELAYU DIPANGGIL BERNIAGA UNTUK MERIAHKAN LAGI JETI TERSEBUT. TAPI APABILA TEMPAT TU DAH MAJU DAN ADA NILAI KOMERSIAL, MAKA DIHALAU BANGSA SENDIRI UNTUK BERI TAUKEH BESAR MASUK BUAT PROJEK MEGA.

DULU LAGI SAYA DAH SEBUT DASAR KERAJAAN MELAKA DI BAWAH ALI RUSTAM IALAH MAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN DAN DALAM MASA YANG SAMA HALAU BANGSA SENDIRI KALAU TEMPAT TERBABIT DIPERLUKAN PELANCONG. SAYA RASA ISU MACAM NI PERLU DISELESAIKAN OLEH DATUK IBRAHIM ALI PRESIDEN PERKASA YANG BERKOBAR - KOBAR PERTAHAN MELAYU.

Blog Ust.Kamaruddin Sidek



Kincir angin Melaka - rasanya angin tak bertiup sebab tu tak berpusing

Komentar:

Salah satu kelebihan Ali Rustam, beliau memang 'pelihara' sungguh-sungguh agen-agen beliau, seperti MBMB dan beliau akan hadir di setiap majlis kahwin atau apa-apa majlis yang di jemput rakyat. Inilah antara kaedah Ali Rustam untuk mengaburi rakyat khususnya di Melaka bagi menunjukkan beliau rapat dan kononnya menjaga kebajikan rakyat.

Tapi andai diberi pilihan antara rakyat asal Melaka dengan pelancong, Ali Rustam akan kalah dengan pelancong. Sebab itu peruntukan untuk aktiviti pelancongan mampu dengan 'slumber'nya Ali Rustam keluarkan dari kocek seluarnya. Kasarnya dilihat projek-projek pelancongan kononnya untuk kepentingan rakyat, tetapi sebenarnya keuntungan itu akan kembali semula ke kocek Ali Rustam ataupun paling menyedihkan kocek rakyat pula yang terbuka membayar kembali hutang dan kerugian projek-projek yang gagal.

Contoh mudah, Eye On Malaysia yang diketahui telah bangkrap dan di sita akibat hutang. Menara Taming Sari yang kerap rosak, kos penyelenggaraan di bayar oleh rakyat melalui hasil pungutan denda dan cukai parking dan sebagainya. Kincir Angin yang tidak berpusing juga contoh projek bernilai berjuta-juta tetapi tidak memdatangkan pulangan kepada rakyat. Dan banyak lagi projek-projek bernilai jutaan ringgit yang merugikan.(sumber) Peliknya kerugian juga berlaku di dalam rumah Ali Rustam sendiri apabila kos penyelenggaraan rumah beliau tahun 2008-2009 berjumlah RM595 098.48 (sumber). Itu bukan duit Ali Rustam, tetapi duit rakyat.

Hari ini keghairahan UMNO-BN menindas rakyat telah merebak ke seluruh negeri. Jika kerajaan persekutuan atau kerajaan pusat sendiri telah melakukan penindasan kepada semua lapisan masyarakat termasuk orang asli, maka tidak hairan kerajaan negeri di bawah pemerintahan UMNO-BN ini turut melakukannya. Jika Najib boleh, apatah lagi Ali Rustam.

Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari..W'A

1 comment:

Admin said...

hahahah.. Undilah UMNO lagi kalo nk kena halau.. Celaka UMNO melaka