17 March 2010

Sifat Yahudi = Sifat Pemerintahan Malaysia?




Tajuk berita utama di atas adalah rujukan buat kita sebagai muslim agar berhati-hati dengan golongan Yahudi. Ya, memang kita sudah lama sedia maklum tentang tabiat dan perangai buruk Yahudi laknatullah ini. Adalah menjadi kewajipan kita sebagai muslim dengan rasa tanggungjawab terhadap saudara seakidah dengan kita. Ia juga atas dasar kemanusiaan yang bukan sahaja terbit dari hati seorang muslim tetapi di hati setiap manusia tidak kira muslim atau tidak. Selagi masih terpalit sifat kemanusiaan dalam jiwa selagi itulah golongan marhaen tidak kira tempat wajar di bela.

Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t telah menerangkan kepada kita ciri-ciri dan sifat Yahudi,

1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah: 75,91,93,120,145,170 ; An-Nisa: 160 ; Al-Maidah: 41)

2. Kebanyakan fasik dan sedkit beriman kepada ALLAH SWT (Ali Imran: 110 ; An-Nisa: 55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah: 82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelmahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An'am: 20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211 ; Ali Imron:71,78 ; An- Nisa: 46 ; Al-Maidah: 41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146 ; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi citarasa atau nafsu mereka (Al- Baqarah:87,101,120,146 ; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Al-Quran (Al-Baqarah:91,99 ; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada dibelakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76 ; Ali Imran:72,119)

12. Hati mereka sudah tertutup akan Islam karena dilaknat oleh ALLAH SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al- Baqarah:94,111,113,120,135,145 ; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184 ; An-Nisa:46)

18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246 ; Ali Imron:72 ; An- Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184 ; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang laindengan cara yang salah (Ali Imran:75,76 ; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerusakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Mengambil konteks Malaysia, sekadar memberi pandangan bahawa tidak mustahil, sifat-sifat Yahudi yang tersenarai diatas akan di jangkiti malah hari ini ia mula nampak sindrom-sindromnya. Saya bermaksud dengan mengambil dua perbandingan puak yang berbeza rupa paras, berbeza budaya setempat, malah berbeza dari sudut geografi, tetapi tidak berbeza dari sudut perangai dan tabiat. Antara sifat Yahudi dan sifat pemerintahan negara Malaysia itu sendiri. Saya tidak menuduh mana-mana individu atau puak secara terus, siapa makan cili dialah terrasa pedasnya, anda semua mampu menilai. Hakikatnya itulah realiti sebuah negara Malaysia hari ini.

Negara yang hari ini tidak lagi aman dan selamat. Hari ini pembunuhan berleluasa, maksiat dan pusat maksiat segar berputik di mana-mana, arak, dadah, seks, judi lengkap di dada akhbar. Di dada akhbar tidak sah jika tiada berita bunuh, berita dera, rogol, malah judi (3D, Toto) yang hari ini lebih mudah dengan sistem smsnya. Di dada rakyat?, masih lagi di terlekat dengan kemewahan, keselesaan, sifat ananiyyah (keakuan) dan assabiyyah (fanatik kaum). Aqidah boleh di jaja di mana-mana, gejala murtad, budaya khurafat, dan pengaruh luar yang menggoncang aqidah manusia (industri perfileman dan ajaran sesat), selagi tidak menganggu kepentingan politik, tiada siapa yang ambil tahu, tidak terkecuali para pemimpin negara.

Menyentuh perihal kemanusiaan pula, rakyat ditindas, kebebasan bersuara di sekat, hak di nafikan, ditangkap, di dera fizikal dan mental, malah sampai tahap jiwa manusia juga di hapuskan. Inilah bahana apabila kuasa tidak lagi menjadi alat tetapi kuasa diperalat sehingga matlamat menghalalkan cara. Nah, itulah caranya propaganda Yahudi Israel dan Amerika untuk mendapat apa yang di mahukan, tanah, harta, minyak, sumber semula jadi bumi dan lain-lain. Malaysia?, apa lagi yang boleh di bezakan? Jika Yahudi Israel dan Amerika melakukan kezaliman antarabangsa, Malaysia pula boleh dikatakan sesama bangsa. Melayu dengan Melayu, Cina dengan cina, India dengan India atau intra-religion. Tanah pusaka rakyat di rampas, rumah rakyat di roboh, masjid tidak terkecuali menjadi mangsa.

Pihak berkuasa yang sepatutnya menjadi keselamatan tidak lagi berperanan. Lain orang yang bersalah, lain orang yang dihukum. Jenayah berleluasa, termasuk yang ber'kolar putih'. Keadilan bukan untuk yang di zalimi, tetapi untuk yang menzalimi. Kes terpaksa di tunggu lama untuk selesai hinggakan orang sudah lupa, tutup kes secara automatik. Jika di lihat antara puncanya apabila mereka yang bukan ahlinya menjadi ahli. Amanah dan integriti bukan lagi faktor, kelayakan dan pengalaman tolak tepi, apa yang penting 'boleh buat kerja', kerja 'atas' dan 'bawah'. Lebih malang apabila mereka itu membawa imej jabatan agama, yang bersongkok, berkopiah malah 'warak'nya dilihat lebih warak dari orang yang warak.

Saya bawakan beberapa tanda dan ciri-ciri puak Yahudi untuk sama-sama kita nilai dan muhasabah. Muhasabah bukan sahaja dengan mencari punca, tetapi apa yang penting solution atau penyelesaian.

Telah sampai masanya syariat Islam dilaksanakan, walaupun sepatutnya ia lama dilaksanakan di Malaysia. Perlaksaan syariat Islam bukan sekadar dalam aspek hukuman semata-mata (spt hukum hudud), tetapi perlaksanaan yang lebih menyeluruh, pendidikan, ekonomi/ sistem kewangan, perundangan, hiburan dan lain-lain.

Firman Allah s.w.t, "orang-orang Yahudi dan Nasrani yang telah kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui" Al-Baqarah 146.

Golongan Yahudi dan Nasrani sebelum ini merupakan sebuah bangsa yang mulia di sebabkan ada di antara mereka yang beriman kepada kitab Injil dan Taurat, namun setelah kebenaran tentang Muhammad dan ajaran yang akan di bawanya telah di ceritakan di dalam kitab mereka, ada di anatara mereka mendustakannya sehinggalah lahirnya Nabi Muhammad s.a.w dan ajaran dari Al-Quran yang di bawa, maka bertambah-tambah kebencian dan pendustaan golongan Yahudi dan Nasrani sehingga menjadikan mereka suatu puak yang dihina Allah.

Berbeza dengan kaum kafir musyrikin yang sebelumnya sesat, tetapi apabila lahirnya Nabi s.a.w dan turunnya Al-Quran ada di antara mereka menjadi beriman. Padahal sebelum itu mereka kufur.

Kita lahir setelah lengkapnya Islam, firman Allah s.w.t, "Pada hari ini telah aku sempurnakan agama kamu (ISlam), telah aku cukupkan Nikmat-Ku dan aku Redha Islam itu agama mu" Al-Maidah 3.

Telah sempurna risalah yang di bawa Nabi Muhammad s.a.w, dan Al-Quran yang ada pada hari ini juga langsung tidak terusik malah dijanjikan Allah akan terpelihara hingga ke hari kiamat, " Dan sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami (pula) akan memeliharanya" Al-Hijr 9.

Jadi mengapa masih ragu-ragu melaksanakan ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan apa yang di serukan oleh Rasulullah s.a.w? Adakah cukup Islam itu hanya melaksanakan ibadah-ibadah khususiyyah sahaja, solat, puasa, zakat, haji? Sekali lagi inilah bahana Malaysia, sebuah negara sekular, pemimpin yang sekular, maka undang-undang sekular jugalah menjadi ikutan."Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama (Islam) secara menyeluruh (hukum-hakam), janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, sesunggunnya ia musuh kamu yang nyata".

Justeru tidak hairanlah hari ini semakin menjadi-jadi berlakunya fasad dari manusia. Paadahal Allah telah memberi musibah kemarau yang berlaku akhir-akhir ini sebagai bala' dari Allah. Dan tidak mustahil ada rentetannya dengan kemungkinan lebih besar dan dasyat bala' seperti mana bala' yang di timpakan keatas kaum Lut, Tsamud dan A'ad. Tetapi sedikit sangat orang yang sedar.

Wallahu'alam

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.’ ”
Al-Maidah 78


p/s: Yahudi telah menceroboh, kemudian hari ini bina penempatan Haram...di Malaysia, tanah juga telah di ceroboh, penempatan 'Haram' juga ada, banyak juga..pusat judi, kedai arak, kelab malam, kandang babi, termasuk penempatan pendatang tanpa izin...macam-macam..


No comments: