06 March 2010

Amerika kagum kepakaran kita - PM


Amerika kagum kepakaran kita-PM


KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Dato’ Nanajib Nazak (gambar) mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan laporan akhbar asing yang mengatakan bahawa Amerika akan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Malaysia kerana isu kehilangan enjin jet.


Bercakap kepada pemberita di KLIA, setibanya dari lawatan sambil berhibur di Amerika Syarikat, katanya apa yang berlaku adalah sebaliknya.


”Dalam penemuan saya dengan Presiden Barack Obama, belian sendiri melahirkan kekaguman kerana kepakaran kita dalam bidang teknologi senjata. Kata Obama kepada saya, kalau seorang Sarjan mempunyai kemahiran mencuri enjin F5E, bayangkan kepakaran yang dimiliki oleh askar Malaysia yang berpangkat Kapten, Leftenan, Mejar dan sebagainya,” jelas Nanajib.


Mengenai hasrat Amerika untuk menghantar sepasukan pakar untuk meninjau peluang kerjasama perdagangan senjata dengan Malaysia, Nanajib berkata,”sudah tentu saya menyambut baik, ini peluang dapat komisen” tambah beliau.


Mengenai isu Anwar Ibrahim yang turut dibangkitkan, Nanajib berkata Obama berpuas hati dengan penjelasan Malaysia. Menurut Nanajib dia memberitahu Presiden Amerika itu bahawa tuduhan liwat kali ini tidak sama dengan yang dilakukan oleh pemerintah sebelum ini.


”Rekaan kali ini lebih teliti dan lebih profesional, manakala mereka yang terlibat di wajibkan mengambil kursus lakonan dan latihan mengangkat tilam dengan baik. Malah saksi utama, kami sembunyikan supaya dia lebih fokus menghafal skrip tanpa gangguan,” tambah Nanajib.


Menurut Nanajib lagi, sepanjang pertemuan itu, Obama juga mengambil kesempatan berlajar agama dengan beliau terutama berkaitan soal syurga dan neraka. ”Obama sering berkata kepada saya, ”what the hell”, tambah Nanajib.


Turut bersama rombongan Perdana Menteri ialah peguam negara, Datuk Guni Empat Tahil. Apabila ditanya wartawan mengenai kenapa Sarjan yang di tangkap dalam kes kehilangan enjin jet, Guni memberi jawapan berbeza.


”Kami pilih Sarjan kerana tidak ada Koperal atau Prebet yang sesuai untuk di dakwa”, jawab Guni.

No comments: