11 March 2010

DAP mula faham Islam..UMNO?


gambar hiasan


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kerjasama antara Pas dan DAP membuahkan hasil yang baik apabila pemimpin parti itu mula memahami agenda perjuangan Pas serta agama Islam.


Menurutnya, Pas bertanggungjawab melaksanakan agenda dakwah memandangkan budaya negara ini tidak mendekatkan orang Islam kepada masyarakat bukan Islam.
“Di Malaysia tak ada langkah nak perkenalkan Islam kepada orang bukan Islam.

Tok guru dan tok lebai kita tak fikir bagaimana nak suruh orang masuk Islam, sekarang kita sudah dekatkan Islam kepada DAP, di mana salah kami?,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini semalam.


Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pas lebih berminat bekerjasama dengan DAP berbanding UMNO.
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, DAP pernah bertindak keluar dari persefahaman satu ketika dahulu kerana tidak bersetuju dengan penggunaan nama Islam pada parti tersebut. “Alhamdulillah mereka sekarang ini tidak marah.

Dulu waktu kami dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), DAP paksa kami buang Islam dari Pas, kami kata tak boleh, Alhamdulillah, (sekarang) tanda mereka faham apa yang kami bawa ni bukan agama Islam yang menakutkan,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berkata, Kerajaan Negeri belum bercadang mengambil langkah mencatu bekalan air di negeri Kelantan berikutan keadaan kemarau, namun menasihatkan rakyat berjimat cermat.- SINAR



gambar hiasan

Komentar:

Kalau nak mengharapkan UMNO memperkenalkan Islam pada MCA atau MIC, rasanya biarlah UMNO kenalkan dulu dengan budaya orang Melayu, cara berpakaian orang Melayu, baju Melayu, songkok Melayu, sampin, Melayu, keris, capal, adab orang Melayu, pentadbiran cara Melayu atau urus tadbir cara Melayu, berpolitik cara Melayu, termasuklah cara bagaimana laksanakan janji Melayu..Bagi UMNO kalau nak masuk Islam atau nak kenal Islam, kena kenal dulu Melayu, masuk Melayu,..Agak-agaknya songkok besar orang UMNO itu pun orang bukan Islam tahu itu orang Islam punya, kira baguslah tu..untung-untung boleh kenal Islam. kemudian masuk Islam, sebab songkok tu..sembahyang, puasa, sedekah tunjuk kemudian. Politik tak sesuai bawa Islam, ekonomi pun tak sesuai, pendidikan boleh sikit kot..yang penting baju Melayu, songkok hitam orang Melayu.

Hampir 50tahun UMNO-BN memerintah Malaysia, Islam berkembang 'pesat'..'pesat' dalam kelab-kelab malam, pusat-pusat judi (Genting), rumah-rumah urut, kilang-kilang arak, 'pesat' dalam pentadbiran negara yang penuh dengan curruption, pecah amanah, rasuah, penyelewengan, pembaziran, penindasan..dan lain-lain. Umat Islam Malaysia pula 'pesat' dengan gejala sosial, ragut, rogol, dera, bunuh, murtad, rompak, rempit ,buang, bakar dll. Ekonomi cara 'Islam' Malaysia 'pesat' dengan riba, bunga, interest tinggi, ah-long..dll..Pendidikan cara Islam Malysia pula 'pesat' dengan filem 'dakwah', Gubra, Sepet, Jangan Pandang Belakang, Congkak, Rempit, Bohsia, KL Menjerit, hantu menjerit, orang menjerit dan lain-lain..Undang-undang cara Islam Malaysia..?..I.S.A..ikan bilis, bukan ikan jerung....

..dan lain-lain..

Rasanya UMNO lebih kenal Melayu berbanding Islam..Pekatnya UMNO dengan Melayu lebih dari pekatnya dengan Islam..Fahamnya UMNO dengan Melayu lebih dari fahamnya UMNO dengan Islam..W'A

No comments: