16 March 2010

MP Lompat Parti, Isytihar bebas, Khianati Amanat Rakyat

KUALA LUMPUR : Mereka yang melompat parti, kemudian mengaku sebagai Ahli Parlimen (MP) Bebas dianggap mengkianati amanah rakyat yang mengundi mereka.


"Ahli politik bebas itu adalah ahli politik yang berpaling tadah melompat keluar daripada parti dan dia menentang falsafah etika sebuah demokrasi sebab ketika mereka dipilih sebagai wakil rakyat mereka dipilih atas kapasiti parti yang mereka wakilkan," tegas pengasas Zentrum Features Study Malaysia, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.


Abu Hassan yang juga Pensyarah Kanan Di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM) dipetik media berkata calon bebas yang sejati tidak bersifat partisan dengan menyokong parti tertentu dalam kebanyakan isu.


"Tetapi dalam pilihanraya ke 13 kemungkinan berkembang calon bebas ini yang lebih betul, iaitu calon bebas yang sebenar, mereka datang kerana kesedaran untuk memperjuangkan hak-hak minorita, hak-hak minoriti yang mereka wakilkan kemungkinan mereka jadi calon bebas tetapi mereka tidak berpihak kepada parti A dan pari B," kata beliau.


Namun bagi beliau, mereka yang bertanding dan menjadi MP bebas tidak salah tetapi mengistiharkan diri sebagai MP bebas sedangkan menang atas tiket parti politik tertentu jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi.


Belakangan ini beberapa MP yang menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengistiharkan keluar parti tetapi enggan mengosongkan kerusi yang mereka.


Terdapat pula antara mereka mengaku sebagai ahli parlimen bebas yang mesra Barisan Nasional (BN) walaupun kemenangan mereka diraih atas kapasiti calon Pakatan Rakyat (PR).

ERAPAKATAN

No comments: