19 March 2010

Anwar abai sorang makcik..alahai..


PULAU PINANG 18 Mac – Seorang wanita yang kudung kedua belah kaki mendakwa kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengabaikan kebajikan orang kurang upaya (OKU) sepertinya.

Beliau yang berasal dari Permatang Janggus, Permatang Pauh di sini turut mendakwa Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak pernah datang menjenguk atau menghulurkan bantuan.

Berikutan perasaan tidak puas hati tersebut, Fauziah Abdul Kadir, 48 tahun, yang berkerusi roda, hari ini berkunjung ke Komtar untuk menyerahkan kek hari jadi sempena dua tahun pentadbiran pakatan pembangkang di sini kepada Guan Eng.

Kek coklat bulat yang tertera ‘2 tahun gelap di bawah pakatan’ ditulis dengan krim merah itu diterima Pembantu Khas kepada Ketua Menteri, Ong Beng Huat bagi pihak Guan Eng kira-kira pada pukul 3 petang.

Ketika ditemui pemberita, Fauziah berkata, dia bukan marah tetapi terkilan dan kecil hati kerana tiada siapa pun daripada pihak kerajaan negeri atau wakil rakyat tempatnya menghulurkan bantuan.

‘‘Saya kecewa kerana mereka langsung tidak mengambil tahu dan menolong OKU seperti saya, malah Anwar pun selama ini tidak pernah datang, bukan dia tidak kenal dan tidak tahu masalah saya,” katanya.

Beliau juga mendakwa pernah cuba untuk bertemu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah tetapi gagal.

Fauziah berkata, buat masa ini dia hanya menerima bantuan sebanyak RM550 sebulan daripada Pusat Urus Zakat, namun jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung kehidupannya.

Ini kerana, dia yang menetap dengan ibu angkat di Permatang Tengah, Permatang Pauh perlu membayar sewa rumah RM300 sebulan dan pada masa sama terpaksa berulang alik ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan. Utusan


Komentar:

Alahai kesian makcik OKU sorang ni. Terabai kebajikannya..Hebatnya siap bagi kek lagi, pulak tu masuk akbar Utusan lagi..


Ni satu kes lagi ni pun ada orang terabai kebajikan juga..tapi bukan sorang makcik oii..3000 orang, siapa nak jawab, Utusan ada masuk kah?





p/s: makcik dan orang asli tu tak bersalah...UMNO yang bersalah..
dulu, kini dan selamanya..

No comments: