07 March 2010

Aziz Sheikh Fadzir pelawa Zulkifli Nordin guna platform UMNO

KULIM- Ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mempelawa Zulkifli Nordin yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menjadikan Umno sebagai platform untuknya terus berkhidmat kepada rakyat.

"Memandangkan YB Zul (Zulkifli) sudah tidak percayakan lagi hala tuju dan prinsip PKR, beliau boleh menjadikan Umno sebagai platformnya bergerak untuk berkhidmat kepada rakyat seperti yang ditelah dijalankan Umno selama ini", kata Abdul Aziz yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno.

Beliau juga berkata, pemecatan Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu itu menjadi bukti jelas bahawa PKR tidak membenarkan proses demokrasi berjalan di dalam parti pembangkang itu.

"Pendirian parti ini untuk menyelesaikan masalah besar hanya ditentukan oleh beberapa kerat pemimpin yang mementingkan populariti dan kepentingan jawatan mereka sahaja," katanya.

Zulkifli yang dipecat semalam berkata beliau mahu menjadi Anggota Parlimen bebas untuk terus berkhidmat kepada rakyat.-Bernama


Komentar:

Seperti mana Ku Li, sebagai veteran UMNO yang mengunakan pentas PAS bagi menuntut hak Royalti Kelantan, dan begitu juga isu PPSMI, A.Samad Said yang juga menggunakan pentas PR demi bahasa Melayu yang kian terlacur dek pemerintah BN. Namun apa pula kepentingannya pula jika Zukifli Noordin yang kini 'Bebas' menggunakna pentas UMNO ??. Apa pula isu yang akan di perjuangkan Zulkifli di pentas UMNO, andai Zulkifli menerima pelawaan Abdul Aziz.? Berceramah mengatakan PKR tidak demokrasi??,

Cukuplah imej Zulkifli tercemar dengan tindakannya akhir-akhir ini, janganlah pula mencemarkannya lagi dengan menerima pelawaan UMNO yang dahulunya juga beliau 'hentam' semasa di didalam PKR dahulu. Akan bertambah-tambah lagi kebencian rakyat jika beliau sendiri rela menggadaikan maruah untuk UMNO yang kotor itu.

Benarlah UMNO semakin tenat untuk meraih simpati rakyat. Bahkan sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk menggambarkan kononya UMNO itu baik atau bersimpati, bersimpati kepada rakayat atau pemimpin yang kononnya di 'buang' atau teraniaya. Seperti Saiful Bukhari, dan kini Zulkifli Nordin. Jika Zulkifli sungguh mahu gunakan pentas UMNO, saya cadangkan beliau masuk UMNO..alang-alang menyeluk pekasam..

Sah, UMNO memang parti kitar semula. Saya cadangkan kutiplah mana-mana lagi pemimpin PR yang telah 'melompat' ke parti Bebas..seperti Mohsin dan lain-lain..jangan lupa jemput sekali beliau di pentas UMNO.

p/s: sedang tunggu pemimpin MCA pula yang jadi katak..


1 comment:

ijad said...

entry yang menarik...