08 March 2010

Kompleks kediaman Hang Tuah dicadang dibina di Melaka


Pahlawan sejarah..


MELAKA 8 Mac – Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob mencadangkan sebuah kompleks kediaman pahlawan Melayu, Hang Tuah dibina di negeri ini untuk dijadikan produk baru pelancongan.


Beliau berkata, kompleks kediaman itu hendaklah dibina dengan pelan grafik komputer yang menunjukkan Hang Tuah sebagai negarawan, duta dan pelopor persilatan Melayu yang terkenal.


"Dengan adanya balai, gelanggang silat, rumah penjawat (di kompleks kediaman itu) akan mewujudkan satu lagi produk pelancongan yang diminati.


"Menjadikan nama Hang Tuah lebih ternilai sebagai ikon Melaka setanding dengan nama-nama legenda internasional yang lain dan boleh dijadikan aspirasi kepada generasi sekarang,” katanya.


Pembinaan kompleks berkenaan adalah antara beberapa cadangan Mohd. Khalil untuk memajukan lagi sektor pelancongan Melaka, semasa beliau berucap merasmikan pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka ke-12 di kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.


Mohd. Khalil berkata, setakat ini, tokoh Melaka hanya dikenang melalui nama jalan atau tanah perkuburan mereka tanpa banyak tulisan dan ini tidak memberi kesan yang mendalam kepada generasi baru. – Bernama


Bahan sejarah...

Komentar:


Inilah bahana apabila golongan 'cerdik pandai' pemimpin negara bersuara.. setakat nak naikkan nama Hang Tuah, orang semua sudah kenallah siapa Hang Tuah, tak semestinya perlu ada kompleks kediaman untuk Hang Tuah. Kan bagus kalau hang sediakan kompleks kediaman untuk rakyat miskin..tak cukup lagikah muzium Istana. Kali ini tidak dinyatakan lagi kosnya, ya ia masih di peringkat cadangan..


Teringat tinggalan Sejarah terbaru..Eye on Malaysia, Melaka yang disita?..siapa yang akan bayar RM 8juta hutangnya wahai pemimpin?..Taming Sari hang tu pun selalu tergendala, kejap pusing, kejap tak, kejap naik, kejap tak, kemudian kena bayar hutang penyelenggaraan pula, itu pun akan jadi bahan sejarah kalau begitu keadaannya. Kemudian rakyat pula dikenakan bayaran perking kereta yang masih belum di wartakan lagi di kawasan tersebut..


Ali Rustam sebelum ini pula mahu membina jambatan antara melaka dan Dumai, kosnya RM44 bilion..Siapa pula yang nak tanggung kos itu..lagi..


1) Projek mencantikkan sungai Melaka RM100 juta,


2) Projek menaiktaraf jambatan-jambatan di Melaka RM 320juta,


3) projek Hang Tuah Mall RM 8.5 juta,


4) Projek Air Terjun Bukit Beruang RM 1.7 juta,


5) Pintu Gerbang MBMB RM 2.7 juta,


6) Projek Jeti Parameswara RM 13 juta,


7) Air Pancut di hadapan Mahkota Parade RM 2 juta (sekarang dah tak de),


8) Penyelenggaraan jalan batu di Banda Hilir RM2.5 juta (tapi masih rosak lagi)


..dan banyak lagi hutang kerajaan negeri Melaka..


Akan datang projek tram dari plaza tol Ayer Keroh ke pusat-pusat Bandar, kononnya dapat menggurangkan kesesakan lalu lintas, kosnya RM 227 juta. Kalaulah kos itu di gunakan memperbaiki dan menaiktaraf mutu pengangkutan awam dan mutu jalan raya di Melaka...


Laporan audit tahun lepas, kerajaan negeri telah berhutang kepada kerajaan pusat bernilai hampir RM 2 bilion...


Wallahualam

Akan menjadi sejarah...

p/s: utamakan yang lebih utama..bukan uTAMAKkan yang lebih utama..
oh, Melaka-ku Maju 2010..

No comments: