26 March 2010

Sarkozy janji haramkan pakai purdah


PARIS - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy berjanji akan mengharamkan pemakaian purdah dalam kalangan wanita Islam di negara itu dengan alasan mahu melindungi maruah wanita.


Beliau membuat pengumuman itu selepas perbahasan selama beberapa bulan mengenai isu berkenaan.


"Pemakaian purdah adalah bercanggah dengan kehormatan wanita," kata Sarkozy.


"Tindakan yang akan diambil ialah mengharamkannya dan kerajaan akan membentangkan rangka undang-undang mengenainya," katanya.


Sebuah jawatankuasa Parlimen pada bulan lalu mencadangkan langkah lebih ringan iaitu melarang pemakaian purdah di dalam pengangkutan awam dan premis kerajaan seperti pejabat pos, universiti dan hospital.


Sarkozy sebelum ini menyatakan pemakaian purdah melambangkan penindasan ke atas wanita dan tidak dibenarkan di Perancis- Sinar


p/s: apa kita nak jawab dengan non-muslim andai kita di tanya, adakah pemakaian purdah itu suatu bentuk penindasan kepada wanita?..

No comments: