25 March 2010

Lagi cerita Sejadah Berdiri??


Gambar hiasan


Penduduk Weston, di Sabah gempar setelah menyaksikan kejadian ajaib bagaimana sehelai sejadah yang digunakan untuk solat tiba-tiba terbentuk duduk seperti solat.


Kejadian ajaib itu berlaku di rumah Puan Asimah Bte Edinin (tidak mahu gambarnya disiarkan) yang merupakan seorang guru Sekolah Kebangsaan Pekan Weston kira-kira jam 8.30 malam Isnin.


Menceritakan saat-saat keajaiban itu, beliau berkata pada mulanya suaminya baru selesai solat Isyak dan setelah melipat dan mengemas sejadah yang digunakannya itu suaminya meletakkannya dekat dinding. Kira-kira jam 8.20 beliau pula mengerjakan solat Isyak.


Apabila saya memulakan solat, saya terasa seram sejuk dan selepas rakaat terakhir tahiyat akhir, dan memberi salam ke kanan, saya begitu terperanjat lalu menjerit apabila mendapati sejadah yang terletak dekat dinding yang telah digunakan suami betul-betul duduk berada di belakang saya dan keadaannya tidak lagi berlipat tetapi terlonggok seperti orang duduk,” katanya.


“Apabila mendengar jeritan suami saya lalu bergegas masuk ke bilik dan dia juga amat terkejut menyaksikan kejadian itu,” katanya.Asimah juga memberitahu semasa solat dia terasa seperti ada orang sedang berada di belakangnya dan menyentuh bahu kanannya namun beliau tidak peduli kerana masih khusyuk mengerjakan solat.


Suami beliau, Hamid Baba ketika ditemui berkata, selepas solat Isyak beliau telah melipat sejadah itu dan meletakkannya dekat dinding dan beliau juga amat terperanjat apabila melihat sejadah itu duduk.


Hamid berkata pada kebiasaannya selepas solat beliau akan mengemas dan melipat sejadah itu dengan kemas.


“Sejadah ini adalah permaidani yang lembut dan bukan mudah untuk mendudukkannya dengan cara apa yang berlaku dan kami bukan mereka-reka kejadian ini dan demi Allah ia berlaku sedemikian dan merupakan antara kejadian ajaib menunjukkan kebesaran Allah,” kata Hamid dan isterinya.


Selepas kejadian itu, rumah Hamid menjadi tumpuan bukan saja penduduk Weston bahkan ada yang datang dari sekitar Pekan Beaufort, Kuala Penyu, Menumbok, Sipitang dan Kota Kinabalu.


Hamid berkata ratusan orang ramai telah datang menyaksikan sejadah itu dan beliau memberikan peluang mereka untuk menyaksikan kejadian ajaib itu kerana ia sesuatu kejadian yang jarang berlaku.


p/s: confirm makcik ni kena qada' balik solat dia, tak habis solat dah jerit..adoi aii..dunia..dunia

No comments: