07 March 2010

MCA ada Resolusi, UMNO ada Formula..



5 Resolusi dari MCA kepada Kerajaan.

1) Meminta kerajaan menambah bilangan pengambilan bukan bumiputera dalam perkhidmatan awam. (bukan BN sebelum ini telah laksanakan DEB kah?..)

2) Melaksanakan sepenuhnya perubahan dan inovasi kepada struktur dan mekanisme pentadbiran Barisan Nasional (BN) supaya konsep perkongsian kuasa dapat dilaksanakan dengan berkesan (selama ni kuasa pentadbiran BN pada UMNO sahaja..)


3) Mengamalkan dasar pendidikan yang lebih liberal dan berbilang kaum supaya lebih banyak sekolah vernakular boleh ditubuhkan dan dimasukkan ke dalam program pembangunan nasional. (macamana pulak dasar kerajaan untuk perlaksanaan konsep Satu Sekolah Untuk Semua..tong sampah?..)


4) Mengesa semua jabatan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan Biro Tata Negara (BTN) mengubah suai kursus mengikut fakta sejarah dan menyerapkan konsep 1Malaysia ke dalam kurikulumnya. (maknanya fakta sejarah sudah lama di selewengkan Kerajaan)


5) Menilai semula hukuman fizikal terhadap golongan wanita beragama Islam dan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai “Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita” (CEDAW) (mintalah pada ulama UMNO..jangan minta pada pemimpin UMNO..)


MCA yang menyokong penuh usaha kerajaan melaksanakan Model Ekonomi Baru, meminta kerajaan membuat pertimbangan sewajarnya ketika menilai dasar-dasar ekonomi supaya tidak menyulitkan kehidupan rakyat yang dibebani dengan pelarasan tarif air, elektrik serta tol. (baru sedar kah?)




Komentar:


Resolusi-resolusi di atas di minta MCA oleh Kerajaan agar dapat di luluskan. Ia memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional sememangnya telah GAGAL. Apabila diteliti bagaimana resolusi tersebut dilihat sedikit sebanyak telah menggambarkan bahawa parti-parti komponen dalam BN yang terdiri daripada MCA untuk kaum cina sebenarnya tidaklah seperti mana yang diharapkan telah membela nasib kaum cina. Dalam ertikata lain BN (atau MCA) tak buat kerja untuk rakyat.


Kenapa Resolusi tersebut baru dicanangkan dalam keadaan MCA sendiri dalam keadaan kucar-kacir, pemimpin MCA 'bertikam' antara satu sama lain. Mengapa MCA yang berpuluh-puluh tahun sebelum ini bersama BN tidak pernah meminta kerajaan BN sendiri menambah bilangan pekerja bukan bumiputera dalam sektor awam sebagai contoh, walhal mereka mampu melakukannya lama dahulunya. Mengapa MCA baru sedar rupa-rupanya tidak berlaku perkongsian kuasa sesama parti komponen BN, mungkin dilihat hanya UMNO sahaja yang berkuasa memerintah. Ya, mungkin UMNO malas melayan karenah MCA dan MIC yang sering bertelagah sesama mereka.


MCA baru tersedar bahawa BN sebenarnya telah banyak gagal dalam segala aspek, baik politik, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Adakah MCA baru tersedar setelah mereka sendiri sekarang sangat-sangat mengharapkan sokongan rakyat (terutamnya masyarakat Cina) yang hari ini telah ramai berpaling dari MCA? Di tambah dengan kecelaruan politik dalaman MCA yang menambahkan lagi perisa masam dalam pentadbiran parti mereka?


Saya tak pasti jika ada resolusi atau formula bagi MCA untuk membaik pulih parti mereka yang telah porak peranda. Padahal itu yang perlu di utamakan. Saya pasti ada formulanya, bukankah Najib dan beberapa pemimpin UMNO lain termasuk Muhyiddin ada formulanya.? Bukankah dahulu ketika Najib ke luar negara, beliau meminta Muhyiddin menyelesaikan kemelut MCA yang berlaku? Tapi, kenapa tidak ada tanda-tanda pulih. Semakin teruk lagi adalah.


Sebabnya mudah, "terlebih sudu dari kuah". UMNO sebenarnya tiada formula untuk memulihkan parti MCA, sedangkan parti UMNO sendiri pun mereka gagal pulih. Politik wang sesama pemimpin mereka (eg: Khairy Jamaludin, Ali Rustam, Isa Samad dll), sama lah juga kononnya UMNO dilihat ada formula memulihkan krisis kepimpinan MCA yang berpecah dua, tetapi di Terengganu, Idris Jusoh dan Ahmad Said?


UMNO-BN sebenarnya ada beberapa Formula, formula bagaimana untuk MEMERAH...

1) Memerah KOMISEN (pelabur Ali Baba a.k.a kroni-kroni)
2) Memerah CUKAI (nantikan GST akan datang..)
3) Memerah MINYAK (royalti Kelantan)
4) Memerah DUIT (merangkumi semua di atas)..

Mangsanya..RAKYAT..

Dan beberapa syarat tambahan...PASTIKAN..

5) Agama suku, Politik suku..
6) Machievelli...matlamat menghalalkan cara..
7) Jangan pedulikan pembangkang kata..tapi pedulikan kroni kata..
8) Usaha tetap jaya..buat sehabis baik..alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan..


Wallahualam.



No comments: