01 March 2010

Sorang lagi si pejuang bangsa yang celupar...


Berita berkaitan: MCA bidas Ibrahim Ali


Ibrahim Ali sekali lagi mengikut jejak langkah bekas kawan seangkatan UMNOnya dahulu, Nasir Safar. Kedua-duanya bermulut 'celupar'. Kedua-duanya ingin menunjuk Hero, hero bangsa. Hakikatnya mereka bukan sahaja pencemar bangsa, malah agama. Kini, MCA sendiri membidas. Tak tahu kah MCA bahawa Ibrahim Ali itu bekas ahli UMNO..sudah pasti ideologi UMNO yang di bawa masih terlekat di dalam jiwa Ibrahim Ali walaupun beliau telah 'melompat'. Parti komponen dalam BN itu hanyalah slapstik sahaja..mana mungkin UMNO yang berideologi semangat Kemelayuan akan fikir sesuatu yang akan menguntungkan MCA yang membawa agenda untuk kaum Cina. Sudah pasti masing-masing akan mencari jalan untuk kepentingan kaum yang mereka wakili.

Apa lagi yang mahu di buktikan. Mereka yang kononnya dilihat pejuang bangsa sebenarnya adalah ekstrimis bangsa, atau boleh dikatakan golongan pelampau dalam bangsa...bangsa Melayu

Saya orang Melayu, mak ayah saya juga orang Melayu, malah datuk nenek dan moyang saya juga orang Melayu. Tetapi tidaklah sampai melampau mengatakan bangsa lain itu rendah. Mereka sendiri bukan sahaja pencemar bangsa, tetapi agama. Bersongkok, berbaju melayu (kadang-kadang bersarung keris), berkain pelikat, bercapal dan banyak lagi identiti Melayu yang di tonjolkan. Malah jika di sebutkan Melayu itu sahaja, pasti orang akan kata mereka Islam (walau hakikatnya Islam itu bukan untuk melayu sahaja).

Inilah sifat assabiyah (perkauman) yang melampau ditunjukkan mana-mana pertubuhan Melayu termasuk UMNO. Bertenggeklah atas 'stand' apa pun, andai Melayu menjadi yang pertama selepas Islam, nescaya tak kemana. Sedangkan Khalifah Umar Al-Khattab pernah menyebut, "kita di beri kemuliaan dengan adanya Islam, barangsiapa yang menolak islam dalam cara hidupnya, maka jatuhlah Kehinaan atas diri mereka".

Ibrahim Ali hebat memperjuangkan nasib orang Melayu yang kononnya di cabul sesetengah pihak, tetapi beliau tidak sedar bahawa beliau sendiri telah mencabul keMelayuannya dengan pelbagai ungkapan-ungkapan yang merendah-rendahkan kaum lain (termasuklah Nasir Safar dahulu).

Apakah Nabi s.a.w pernah mengajarkan kepada kita (orang Melayu) agar merendah-rendahkan kaum lain? Pernahkah Nabi s.a.w minta kita menghina bangsa atau agama lain yang tidak pernah mengisytiharkan perang kepada kita? walaupun Nabi s.a.w tidak menghalang untuk kita mempunyai semangat perkauman (Qaumiyyah) atau kekitaan, kerana dengan semangat perkauman itu membuatkan kita bersatu. Tetapi bukannya Assabiyyah, rasa kaum kita sahaja yang hebat sehingga merendah atau menjatuhkan kaum lain. Bukan Nabi s.a.w dah ajar??..Pelik, bila perarakan Maulidur rasul bukan main hebat..

Bila UMNO memerintah, habis digadai akhlak, habis di jual Aqidah, Syariat Islam di 'tong-sampah'kan atau diumpamakan sebagai pakaian, dipakai kalau sesuai, 'ngam' dengan badan, tetapi di biar atau di buang kalau tak berkenan, sempit, menyusahkan...

Yang di sanjung bukan agama..tetapi bangsa..nilah bahana 1 Malaysia yang sekular..Wallahu'alam

p/s: Kerajaan tak nak dakwa si Berahim Ali tu ke?...kalau tak mampu ISA sekalipun...

No comments: